Thursday, July 8, 2010

Alam Persekolahan.

Semasa tahun 1967 Dajah 4A diSek.Keb.Tg.Rambutan.Perak.Di barisan hadapan dari kiri 1. Juriah Hamid 2. Fatimah Awang 3. Mohd Arif Chik 4. Tak ingat 5. Mohd Rathi (tokdewangsa) 6. Tak ingat 7. Tak ingat 8. Mohd Noraini Abd Rahman (ketua darjah) 9. Tak ingat 10. Rosli Din 11.Kamaruddin Mansor 12. Tak ingat 13. Tak ingat 14. Tak ingat 15. Tak ingat.
Barisan belakang dari kiri 1. Tak ingat 2. Tak ingat 3. Tak ingat 4. Tak ingat 5. Tak ingat 6. Hasnah Ahmad 7. Tak ingat 8. Zaleha Mohd Noor 9. Mariam Ariffin 10. Rohana Abu Samah (p/k darjah) 11. Tak ingat 12. Tak ingat 13. Tak ingat 14. Tak ingat 15. Tak ingat 16. Tak ingat.
Cikgu Darjah: Cikgu Hamidah

Kalau kawan-kawan lama saya atau sesiapa sahaja waris terbaca entry ini bolehlah membantu saya mengingati kembali nama-nama dalam photo ini. Dimanakah kawan-kawan saya tu sekarang? Mungkin ada yang dah bercucu.Kalau tak salah saya sepatutnya gambar kawan saya (pelakun adik manja Dharma Harun Al Rashid.......) ada dalam photo tu tapi tak ingatlah saya kenapa mungkin dia tak datang kelas semasa photo ini diambil atau mungkin gambarnya ada dalam photo itu tapi saya terlupa yang mana satu,maalumlah gambar ini pun dah 43 tahun diambil.Mungkin dia sendiri yang boleh bagi komen.Dharma ni dulu dalam kelas dia salah seorang, orang tertinggi dalam kelas.Adik beradik nya semua pandai main takraw dan mewakili sekolah dan peringkat negeri Perak(peringkat kebangsaan saya tak ingat).

Kenali Saya


Nama penuh saya Mohd Rathi Bin Mohd Noor.Bapa saya Mohd Noor Bin Haji Abdul Rahim dan emak saya Itam Nafisah Binti Mohammed Yaacob.Kedua mereka berasal dari Batu Gajah Perak.Ibu kepada bapa saya (isteri Haji Abdul Rahim) adik beradik dengan Bonda Sultan Azlan (tidak terniat saya bercerita untuk publisiti atau niat nak untung,sekadar informasi kot barangkali ada sepupu atau saudara mara yang mengenali saya,boleh kita memanjangkan silaturrahim.Maalum sahajalah orang tua dah tak ada.Tak tahu saya nak bersoreh.Sekarang saya pulak jadi orang tua).Saya berasal dari Negeri Perak.Dilahirkan disebuah kampung di Taiping Perak,iaitu Kampung Changkat Jering pada 15hb.September 1957. Masa itu bapa saya bekerja dengan East Asiatic Rubber Co. iaitu Syarikat yang mengendalikan susu getah. Saya dan keluarga pernah tinggal bersama datuk sebelah emak di kampung Serapoh,Parit. Apabila bapa saya mendapat pekerjaan sebagai kerani kewangan di Rumah sakit Otak atau Central Mental Hospital,Tg.Rambutan(nama semasa dulu, sekarang ditukar kepada Hospital Bahagia), kami berpindah kesana.Didalam kawasan Hospital itu sahaja kami berpindah sebanyak empat kali, rumah terakhir kami ialah di no.5,Jln Orangx Tua.Kuarters yang berdekatan dengan Rumah Kebajikan Orangx Tua, ia terletak diatas bukit didalam kawasan hospital.

Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan tahun 1964 - 1969.Sekolah Menengah,di Sekolah Menengah Rendah Seri Kepayang,Fair Park Ipoh.Dari Remove Class hingga tingkatan dua,tahun 1970 -1972.Kemudian sambung tingkatan tiga hingga lima di Sekolah Menengah Clifford Di Kuala Kangsar tahun 1973 -1975 kerana bapa saya bertukar kepejabat kesihatan Kuala Kangsar.Di Kuala Kangsar saya tinggal di Kuarters kerajaan di Elerton Club,berhampiran Pejabat Pos iaitu membelakangkan Balai Polis (sekarang bangunan tu sudah tak ada).

Bersara dari Angkatan Tentera.Selepas bersara, berkhidmat dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selama lebih kurang tiga tahun.Sekarang berniaga nasi lemak kukus di pasar malam kawasan Semenyih-Kajang-Bangi.Menggunakan nama ''Selera Ayahnyah Nasi Lemak Kukus''.

Berumah-tangga sejak Ogos 1980,mempunyai seorang isteri Rodiah Binti Abdul Hamid berasal dari Batu 14 Hulu Langat, Selangor.Bertemu ketika sama-sama berkhidmat dengan Angkatan Tentera dan lima orang anak.Empat lelaki dan seorang anak perempuan.Sekarang menetap di Semenyih.Selangor.