Thursday, July 8, 2010

Kenali Saya


Nama penuh saya Mohd Rathi Bin Mohd Noor.Bapa saya Mohd Noor Bin Haji Abdul Rahim dan emak saya Itam Nafisah Binti Mohammed Yaacob.Kedua mereka berasal dari Batu Gajah Perak.Ibu kepada bapa saya (isteri Haji Abdul Rahim) adik beradik dengan Bonda Sultan Azlan (tidak terniat saya bercerita untuk publisiti atau niat nak untung,sekadar informasi kot barangkali ada sepupu atau saudara mara yang mengenali saya,boleh kita memanjangkan silaturrahim.Maalum sahajalah orang tua dah tak ada.Tak tahu saya nak bersoreh.Sekarang saya pulak jadi orang tua).Saya berasal dari Negeri Perak.Dilahirkan disebuah kampung di Taiping Perak,iaitu Kampung Changkat Jering pada 15hb.September 1957. Masa itu bapa saya bekerja dengan East Asiatic Rubber Co. iaitu Syarikat yang mengendalikan susu getah. Saya dan keluarga pernah tinggal bersama datuk sebelah emak di kampung Serapoh,Parit. Apabila bapa saya mendapat pekerjaan sebagai kerani kewangan di Rumah sakit Otak atau Central Mental Hospital,Tg.Rambutan(nama semasa dulu, sekarang ditukar kepada Hospital Bahagia), kami berpindah kesana.Didalam kawasan Hospital itu sahaja kami berpindah sebanyak empat kali, rumah terakhir kami ialah di no.5,Jln Orangx Tua.Kuarters yang berdekatan dengan Rumah Kebajikan Orangx Tua, ia terletak diatas bukit didalam kawasan hospital.

Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan tahun 1964 - 1969.Sekolah Menengah,di Sekolah Menengah Rendah Seri Kepayang,Fair Park Ipoh.Dari Remove Class hingga tingkatan dua,tahun 1970 -1972.Kemudian sambung tingkatan tiga hingga lima di Sekolah Menengah Clifford Di Kuala Kangsar tahun 1973 -1975 kerana bapa saya bertukar kepejabat kesihatan Kuala Kangsar.Di Kuala Kangsar saya tinggal di Kuarters kerajaan di Elerton Club,berhampiran Pejabat Pos iaitu membelakangkan Balai Polis (sekarang bangunan tu sudah tak ada).

Bersara dari Angkatan Tentera.Selepas bersara, berkhidmat dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selama lebih kurang tiga tahun.Sekarang berniaga nasi lemak kukus di pasar malam kawasan Semenyih-Kajang-Bangi.Menggunakan nama ''Selera Ayahnyah Nasi Lemak Kukus''.

Berumah-tangga sejak Ogos 1980,mempunyai seorang isteri Rodiah Binti Abdul Hamid berasal dari Batu 14 Hulu Langat, Selangor.Bertemu ketika sama-sama berkhidmat dengan Angkatan Tentera dan lima orang anak.Empat lelaki dan seorang anak perempuan.Sekarang menetap di Semenyih.Selangor.

No comments: