Thursday, September 30, 2010

Selamat Hari Raya

Rasa nya masih tidak terlewat bagi saya mengucapkan selamat hari raya kepada pengunjung. Saya pun baru mengupdate blog ini.Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin dari saya sekeluarga.Kueh raya pun dah tinggal seredak je lagi.Moga entri kali ini akan terus menghidupkan kembali blog saya ini dan yang penting mendapat "support" dari kawan dan para blogger.

Wednesday, September 29, 2010

DULU LAIN SEKARANG LAIN

Khamis 02.09.10 jam 0400 semasa bersahur dan nak mengambil ubat darah tinggi di rak ubat.Saya ternampak buku 555 warna pink terletak di rak ubat. Buku rekod BP (blood pressure Tok), sambil makan ubat saya membelek kandungan buku, alangkah terkejut tarikh temujanji tercatit pada hari ini jam 0800 di Pusat Kesihatan berdekatan rumah saya.Nasib baik cx buku kalau tidak jenuh kena bambu dengan doktor.Entah kenapa lak sepatutnya alarm hp berbunyi tapi kali ini tak bunyi, bila di cx rupanya saya tak set, nasib baik...
Jam 0725, saya dah terpacak dikelinik tersebut, beratur dan mengambil nombor.Ramai nya orang,saya dapat nombor 0057.Puasa-puasa pun ramai yang sakit,persoalan yang berlegar di fikiran saya.Bila saya tengok pesakit yang datang, kebanyakan mereka pesakit temujanji macam saya dan kebanyakannya kaum hawa dan berbangsa India dan Cina.Kenapa agaknya? Mereka yang banyak menggunakan kemudahan RM 1 dan mendapat rawatan.Mungkin murah dibanding klinik swasta.Kalau tenguk kereta yang parking kat luar menjalar kereta mewah yang saya pun terliur berangan sendiri mencongak-congak bajet.Persoalan itu biarlah para pengkaji yang buat rumusan.
Melihatkan begitu ramainya pesakit yang datang saya dah mencongak ini tentu sampai jam 1200 pun tak siap.Silap-silap kena sambung jam 0200 petang.Sebabnya saya pernah terkena pengalaman begini,di dua hospital berlainan.Dahlah perkhidmatan yang lembab,kita pulak kena tunggu sambil melihat muka-muka staf yang tak mesra alam.Mula-mula kita sakit lain,bertambah sakit lain pulak.
Tapi sekarang dah jauh berbeza, macam langit dan bumi.Mana pergi orang-orang tu? Dah pencen ke?Tapi apapun tak kisah, yang penting Kementerian Kesihatan dah berbeza.
Bila saya melangkah masuk kepusat kesihatan itu,di kaunter nombor,saya lihat stafnya tersenyum manis menegur pesakit.Tidak lagi menjeling memerhati pesakit atas bawah.Tidak lagi macam hendak tak hendak memanggil nama pesakit.Sekarang semua dah berubah.Staf-staf nya senyumannya manis,suara nya lembut.Sabar melayan pesakit walaupun sempat saya perhatikan ada satu insiden pesakit yang loyar buruk.Lain staf tu cakap lain pulak yang dibalasnya. Orang macam tu patut dirakam perangainya dan tunjuk balik padanya,kalau tak malu...sah..adik beradik kerrrrr...Itu memang pesakit taaarak sekolah punya....Dah elok staf yang baik, mereka pulak buat hal.Tapi...itu tak bolehlah kita jadikan alasan untuk kita tidak mengekali prestasi terbaik kita.Syabas kepada para staf kesihatan,senyuman dan layanan mesra anda,kalaupun tidak dapat menyembuh tapi cukup sekadar melega dan meringan penderitaan pesakit.....Sabar ye....Walaupun tak ada orang yang nak memuji atau berterima kasih atas tugas anda tapi...ingatlah Allah sentiasa memerhati dan menilai keikhlasan hambanya.
Syabas kepada pegawai atasan Kementerian Kesihatan, anda berjaya merubah imej staf dan mutu perkhidmatan di Pusat-pusat Kesihatan dan Hospital-hospital kerajaan.
Paling saya kagumi ialah sangkaan saya meleset kerana saya siap diperiksa doktor dan ambil ubat jam 0940.Cukup pantas walaupun saya memegang nombor 0057.
Biasalah saya, bacaan BP pada pagi itu menunjukkan bacaan 138/90 dan saya dibekalkan dengan sebeban ubat seperti dalam gambar.


Inilah ubat darah tinggi, ubat kolestrol dan ubat cair darah yang di bekalkan kepada saya.





















Citer Sakit Pinggang- Furdunesia online

Ini citer sakit pinggang yang saya baca dari sebuah blog semalam. Memang betul kalau kita buat pergerakan sembahyang itu dengan betul dan sempurna. Macam-macam penyakit pada diri kita akan terubat,bukan sahaja sakit pinggang macam-macam lagi penyakit yang lain boleh sembuh, dah banyak kajian dan komen yang di buat samaada dari orang yang pakar tentang agama atau para saintis.Tapi samaada nak percaya atau tidak. Tepuk dada tanya iman. Walau apa pun mari kita kongsikan bersama citer di blog itu. Saya Ceduk dari blog Furdunesia online.
http://furdunesia.blogspot.com/2010/08/anda-selalu-sakit-pinggangbaca-terapi.html?spref=bl: "Assalamualaikum... Dua tiga hari ni betul-betul terasa jadi 'kuli'. Hehehehe... Dah la penat, dari pagi sampai petang menghadap komputer. T..."

USTAZ SHAMSURI- Rahmat Allah.

AKIL HYE -Seroja.

PENEMUAN TENTANG BABI

Satu lagi artikel yang tok baca di blog kakimotong yang menarik ialah tentang babi. Apa yang menarik tentang jawapan ulamak itu.Allah itu maha pengasih,mujur perangai babi itu sahaja diturun kepada pemakannya. Kalau hidung bertukar macammana? Agak-agak ada orang nak makan tak? Kaya klinik pembedahan plastik. Kita layari bersama. Zaasss...!!!
KAKIMOTONG.COM: PENEMUAN MENARIK BERKENAAN BABI [mesti baca!]: "Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging b..."

KAKIMOTONG- BLUR KEJAP.

Ini satu lagi citer dari blog kakimotong yang saya ceduk bulat-bulat untuk kita kongsikan bersama.Kita layar zaaassss...!!!!


KAKIMOTONG.COM: Gambar2 Yang Membuatkan Korang Blur Sekejap

Dari Blog KAKIMOTONG

Bila saya tinjau-tinjau blog anak angkat saya kakimotong. Saya tertarik dengan citer orang halimunan. Saya tertarik tu sebab ada je idea orang nak tarik perhatian. Ini citer seorang artis yang mempunyai idea kreatifnya tersendiri.Cube anda tengok sendiri.Saya link kan ngan blog nya,ok!


KAKIMOTONG.COM: ORANG HALIMUNAN ( COOL.....!!! ): "Model dalam gambar di bawah bernama Liu Bolin, seorang artis seni yang masyhur. Lelaki ini hanya mengecat dirinya sendiri sahaja. Tiada trik..."

Ape Citer Poco-poco

Assalamualaikum!


Saya ada terbaca citer dari sebuah blog berkenaan tarian poco-poco.Di sini saya link kan saja keblog itu wat pembaca nak tahu. Terpulangle pada pembaca menilainya: Rahsia Tarian Poco-poco

Thursday, July 8, 2010

Alam Persekolahan.

Semasa tahun 1967 Dajah 4A diSek.Keb.Tg.Rambutan.Perak.Di barisan hadapan dari kiri 1. Juriah Hamid 2. Fatimah Awang 3. Mohd Arif Chik 4. Tak ingat 5. Mohd Rathi (tokdewangsa) 6. Tak ingat 7. Tak ingat 8. Mohd Noraini Abd Rahman (ketua darjah) 9. Tak ingat 10. Rosli Din 11.Kamaruddin Mansor 12. Tak ingat 13. Tak ingat 14. Tak ingat 15. Tak ingat.
Barisan belakang dari kiri 1. Tak ingat 2. Tak ingat 3. Tak ingat 4. Tak ingat 5. Tak ingat 6. Hasnah Ahmad 7. Tak ingat 8. Zaleha Mohd Noor 9. Mariam Ariffin 10. Rohana Abu Samah (p/k darjah) 11. Tak ingat 12. Tak ingat 13. Tak ingat 14. Tak ingat 15. Tak ingat 16. Tak ingat.
Cikgu Darjah: Cikgu Hamidah

Kalau kawan-kawan lama saya atau sesiapa sahaja waris terbaca entry ini bolehlah membantu saya mengingati kembali nama-nama dalam photo ini. Dimanakah kawan-kawan saya tu sekarang? Mungkin ada yang dah bercucu.Kalau tak salah saya sepatutnya gambar kawan saya (pelakun adik manja Dharma Harun Al Rashid.......) ada dalam photo tu tapi tak ingatlah saya kenapa mungkin dia tak datang kelas semasa photo ini diambil atau mungkin gambarnya ada dalam photo itu tapi saya terlupa yang mana satu,maalumlah gambar ini pun dah 43 tahun diambil.Mungkin dia sendiri yang boleh bagi komen.Dharma ni dulu dalam kelas dia salah seorang, orang tertinggi dalam kelas.Adik beradik nya semua pandai main takraw dan mewakili sekolah dan peringkat negeri Perak(peringkat kebangsaan saya tak ingat).

Kenali Saya


Nama penuh saya Mohd Rathi Bin Mohd Noor.Bapa saya Mohd Noor Bin Haji Abdul Rahim dan emak saya Itam Nafisah Binti Mohammed Yaacob.Kedua mereka berasal dari Batu Gajah Perak.Ibu kepada bapa saya (isteri Haji Abdul Rahim) adik beradik dengan Bonda Sultan Azlan (tidak terniat saya bercerita untuk publisiti atau niat nak untung,sekadar informasi kot barangkali ada sepupu atau saudara mara yang mengenali saya,boleh kita memanjangkan silaturrahim.Maalum sahajalah orang tua dah tak ada.Tak tahu saya nak bersoreh.Sekarang saya pulak jadi orang tua).Saya berasal dari Negeri Perak.Dilahirkan disebuah kampung di Taiping Perak,iaitu Kampung Changkat Jering pada 15hb.September 1957. Masa itu bapa saya bekerja dengan East Asiatic Rubber Co. iaitu Syarikat yang mengendalikan susu getah. Saya dan keluarga pernah tinggal bersama datuk sebelah emak di kampung Serapoh,Parit. Apabila bapa saya mendapat pekerjaan sebagai kerani kewangan di Rumah sakit Otak atau Central Mental Hospital,Tg.Rambutan(nama semasa dulu, sekarang ditukar kepada Hospital Bahagia), kami berpindah kesana.Didalam kawasan Hospital itu sahaja kami berpindah sebanyak empat kali, rumah terakhir kami ialah di no.5,Jln Orangx Tua.Kuarters yang berdekatan dengan Rumah Kebajikan Orangx Tua, ia terletak diatas bukit didalam kawasan hospital.

Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan tahun 1964 - 1969.Sekolah Menengah,di Sekolah Menengah Rendah Seri Kepayang,Fair Park Ipoh.Dari Remove Class hingga tingkatan dua,tahun 1970 -1972.Kemudian sambung tingkatan tiga hingga lima di Sekolah Menengah Clifford Di Kuala Kangsar tahun 1973 -1975 kerana bapa saya bertukar kepejabat kesihatan Kuala Kangsar.Di Kuala Kangsar saya tinggal di Kuarters kerajaan di Elerton Club,berhampiran Pejabat Pos iaitu membelakangkan Balai Polis (sekarang bangunan tu sudah tak ada).

Bersara dari Angkatan Tentera.Selepas bersara, berkhidmat dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selama lebih kurang tiga tahun.Sekarang berniaga nasi lemak kukus di pasar malam kawasan Semenyih-Kajang-Bangi.Menggunakan nama ''Selera Ayahnyah Nasi Lemak Kukus''.

Berumah-tangga sejak Ogos 1980,mempunyai seorang isteri Rodiah Binti Abdul Hamid berasal dari Batu 14 Hulu Langat, Selangor.Bertemu ketika sama-sama berkhidmat dengan Angkatan Tentera dan lima orang anak.Empat lelaki dan seorang anak perempuan.Sekarang menetap di Semenyih.Selangor.